Isu Berkaitan Pendidikan




Beberapa isu terkini dalam pendidikan telah menjadi perbualan di kalangan warga pendidik. Mungkin isu-isu ini perlu ditangani dengan segera. Antaranya :-

A. Kajian dalam bentuk R & D dalam sesuatu program
Adalah amat penting dilakukan R & D terlebih dahulu atau diadakan program percubaan sebelum dilaksanakan sesuatu program baru. Kadangkala didapati sesuatu program itu dibuat secara ad-hoc sahaja.
Elakkan keputusan tergesa-gesa yang banyak menimbulkan masalah khususnya kepada pelaksana dasar.

Contoh: Makmal komputer, program PPSMI (Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Tingkatan 6 setaraf dengan kolej yang melibatkan guru-gurunya berada dalam DG 44.

B. Percepatkan proses atau tempoh masa memproses kenaikan guru-guru time-based dan kenaikan pangkat guru.

Contohnya: Seseorang guru DG 41 yang sudah cukup 10 tahun perkhidmatan layak untuk kenaikan ke DG 44. Tetapi proses kenaikan itu memakan masa 2-5 tahun untuk pelantikan ke DG 44. Majoritinya, guru DG 41 terpaksa menunggu 12 ke 15 tahun untuk menjawat ke DG 44. Ini sudah lari dari konsep asal time-based.

Cadangan : Sekiranya guru-guru itu sudah cukup syarat dan time-based nya, terus membuat permohonan dan lantikan. Sepatutnya tahun ke-11 atau ke-12, lantikan ke gred baru telah boleh dibuat. Tidak perlu menunggu pekeliling atau surat dari jabatan yang kadangkala melambatkan proses lantikan ini.


C. Perbanyakkan Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dengan kapasiti pelajar sekitar 600 ke 800 orang sahaja.

Rasionalnya:
1. Membuka peluang kenaikan pangkat guru-guru.

2. Memudahkan pengurusan sekolah dalam pelbagai aspek

3. Tumpuan kepada mendisiplinkan pelajar dapat difokuskan

4. Memberi pilihan kepada ibubapa menghantar anak ke sekolah yang bersesuaian

5. Mewujudkan persaingan sihat antara sekolah

6. Bilangan pelajar dalam bilik darjah dapat dikurangkan


D. Mewujudkan juruteknik di sekolah bagi menyelenggarakan peralatan dan pendawaian elektrik dan komputer serta alat-alat elektronik yang dibekalkan ke sekolah oleh jabatan. Kadangkala kipas dan lampu seringkali juga rosak.

Rasional :

1. Kadangkala perbekalan alatan tidak ikut keperluan sekolah.

2. Tidak ada pihak di sekolah yang mahir mengendalikan/baikpulih/memantau alatan yang
dibekalkan hingga akhirnya rosak dan merugikan.


E. Institusi sekolah gagal melahirkan nilai murni, nilai insan dan modal insan dalam diri pelajar. Pencapaian akademik menggalakkan tetapi sahsiah pelajar rendah.

Cadangan : Kurikulum baru digubal menjurus kepada keseimbangan akademik dan kerohanian perlu disegerakan.

Mungkin ada cadangan dan dipanjangkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab.








No comments:

Post a Comment