Thursday 20 June 2013

Pendidik oh Pendidik



Pendidik kita sebut juga sebagai guru atau cikgu. Di dalam Islam guru atau cikgu diangkat darjatnya ke tahap yang paling mulia. Sesiapa yang memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik dianggap sebagai pewaris nabi, kerana sesungguhnya ia telah menyampaikan ilmu, sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Justeru Islam telah menyatakan seseorang pendidik itu juga merupakan mudarris, mu'allim dan murabbi. 

Tidak hairanlah jika seseorang guru atau pendidik itu sewajarnya dimuliakan. Namun untuk menghadapi tanggungjawab sebagai pendidik di alam yang serba mencabar masa kini menuntut pengorbanan dan pengertian yang tinggi. Pendidik masa kini bukan hanya berdepan dengan masalah murid semata-mata, namun ia ditambah dengan cabaran dunia media elektronik dan alam cyber yang semakin canggih pada hari ini, selain tugasan sedia ada yang tidak pernah berkurangan.

Tuesday 14 May 2013

Tugasan Pendidik...


Pendidik dahulu, kini dan selamanya secara tidak sedar telah 
menandatangani persetujuan untuk turut menyandang 
beberapa tanggungjawab seperti berikut:-

1) Jika ada murid terkucir....cikgu menjadi tukang cuci...
2) Jika ada murid menangis...cikgu menjadi motivator..
3) Jika ada  mengutip yuran....cikgu menjadi akauntan...
4) Jika ada gotong-royong....cikgu menjadi tukang kebun...
5) Jika ada menghias kelas...cikgu menjadi pelukis jalanan...
6) Jika ada murid tercedera....cikgu menjadi seorang doktor...
7) Jika ada sukan sekolah....cikgu menjadi jurulatih terhebat...
8) Jika ada hari guru....cikgu menjadi penyanyi berbakat...
9) Jika ada perkhemahan....cikgu menjadi jaga sukarelawan....
10) Jika ada pergaduhan----cikgu menjadi pegawai siasatan

Rupa-rupanya, begitu banyak tugasan pendidik. Jadi adakah 
anda ingin meneruskan cita-cita anda sebagai pendidik? 
Jangan cepat mengalah. Jika banyak tugasan, ini membuktikan
ganjaran yang begitu banyak juga telah Allah janjikan buat individu 
yang bergelar pendidik. Ayuh! Jadilah pendidik yang ikhlas dan 
penuh rasa kasih kepada anak-anak didikmu.

Saturday 11 May 2013

Sahsiah Pendidik Cemerlang......

Pendidik cemerlang, bukan hanya mempunyai fizikal yang baik malahan haruslah juga mempunyai sahsiah yang cemerlang. Justeru di UPSI telah ditetapkan satu garis panduan bagi memastikan pelajar yang dilahirkan oleh institusi ini yang berkeupayaan untuk memiliki sahsiah cemerlang melalui nilai BITARA UPSI yang dinyatakan. Antaranya ialah:-

1) Integriti
2) Profesionalisme
3) Semangat Berpasukan
4) Berorientasikan Pelanggan
5) Prihatin Kebajikan Anggota
6) Kreatif dan Inovatif



Warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut  sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah. Wahai guru, begitu tinggi harapan yang disandarkan oleh masyarakat kepada anda semua. Berikanlah tumpuan sepenuhnya terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didikmu. 

Guru perlu memelihara akhlak dan budi  pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang kerana guru penjana  Transformasi Pendidikan Negara. Sesungguhnya  Malaysia    amat memerlukan khidmat bakti para guru.

Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Guru harus dan mesti boleh mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik.


Lagu Khas Buatmu....Pendidik




Lagu mungkin hanya berperanan sebagai halwa telinga....tetapi ada lagu yang membawa seribu makna dalam diri seseorang....

Guru...dirimu begitu sabar mendidik anak bangsamu...demi memastikan ia berjaya dalam menjalani liku kehidupan suatu hari nanti....

Khas buat semua guru di Malaysia....sabarnya dirimu melayani segala ragam dan kerenahku....

Friday 10 May 2013

Gambar Aktiviti Hari Guru.....



Antara acara semasa Hari Guru.....Makan Cikgu...Makan....



Sambut cikgu....jangan tak sambut....jaga-jaga jangan pecah...



Sambutan Hari Guru di sambut bagi meraikan para guru....walau sambutan ini hanya berbentuk sukaneka yang di atur oleh murid...namun ianya sudah cukup menggembirakan para guru....demi semua anak didik....semua guru 'turun padang' bagi memeriahkan sambutan di peringkat sekolah....."SELAMAT HARI GURU"





Renungan Buatmu Pendidik........


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-IMAM HASAN AL-BASRI




Dia Seorang Guru Tua

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

Berapa ramai manusia diluar sana yang benar-benar menghargai jasa seorang guru...
Ketika anak murid menerima kejayaan...adakah ayah ibu hadir menemui guru dan mengucapkan terima kasih di atas jerit perih guru itu??? Mungkin ada, namun berapa ramaikah yang masih mengingati guru-guru setelah anda berjaya kini??? Ramai yang mengenang kecuaian seorang guru...gara-gara sedikit kekurangan yang ada dalam diri guru tersebut....segala kebaikan yang pernah ditabur hilang bak debu yang berterbangan.....

Sajak "Guru Oh Guru" - Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Jika dihayati rangkap terakhir sajak ini....ianya begitu mengusik hati....

Jadilah apa pun pada kehidupanmu...Panggilan keramat cikgu...Kekal terpahat..

Beruntung dan bergembiralah jika kini anda merupakan salah seorang guru....kerana gelaran itu tidak perlu dibayar seperti gelaran Dato' dan Tan Sri untuk memastikan orang lain memanggil dengan gelaran tersebut.......

Terima Kasih Pendidik

Ruangan ini saya dedikasikan khas buat semua pendidik yang ada di Malaysia. Tanpa anda, anak bangsa kita pastinya hilang arah dan tujuannya. Yang lebih utama ruangan ini saya cipta bagi mengucapkan rasa terima kasih saya yang tidak terhingga buat semua guru-guru saya. Sejak mula saya menerima pelajaran samaada diperingkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan dan juga universiti. Terima kasih di atas keredhaan ilmu yang kalian berikan dapat menjadikan saya kini juga bergelar pendidik.....Terima Kasih Cikgu!!!! Segala jasa-jasamu mencurah ilmu...hanya mampu diiringi dengan doa semoga kalian sentiasa berada dalam perlindungan dan peliharaan yang Esa.

Saturday 20 April 2013

Puisi "Guru Oh Guru"



Siapakah Kita Tanpa Pendidik?



Pendidik adalah individu yang telah sanggup berkorban masa, tenaga dan mungkin juga wang ringgit demi memastikan kejayaan anak-anak didiknya. Tanpa pendidik adakah kita berada dalam alam kerjaya yang cemerlang seperti hari ini? Siapa pun kita, dan sehebat mana pun kerjaya kita...ia bermula dari seorang yang bergelar pendidik....atau kita selalu sebut sebagai guru atau cikgu. Walau sebanyak manapun nilai yang ingin dibayar kepada guru...ia tidak ternilai kerana sesungguhnya jasamu guru TIDAK TERNILAI....TERIMA KASIH CIKGU