Thursday 20 June 2013

Pendidik oh Pendidik



Pendidik kita sebut juga sebagai guru atau cikgu. Di dalam Islam guru atau cikgu diangkat darjatnya ke tahap yang paling mulia. Sesiapa yang memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik dianggap sebagai pewaris nabi, kerana sesungguhnya ia telah menyampaikan ilmu, sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Justeru Islam telah menyatakan seseorang pendidik itu juga merupakan mudarris, mu'allim dan murabbi. 

Tidak hairanlah jika seseorang guru atau pendidik itu sewajarnya dimuliakan. Namun untuk menghadapi tanggungjawab sebagai pendidik di alam yang serba mencabar masa kini menuntut pengorbanan dan pengertian yang tinggi. Pendidik masa kini bukan hanya berdepan dengan masalah murid semata-mata, namun ia ditambah dengan cabaran dunia media elektronik dan alam cyber yang semakin canggih pada hari ini, selain tugasan sedia ada yang tidak pernah berkurangan.

4 comments:

  1. Saya setuju. Selayaknya guru dimuliakan. Namun, masih wujud isu pelajar yang biadap dan tidak menghormati guru. Nilai2 murni menghormati guru harus diterapkan sejak kecil lagi supaya ilmu yg diperolehi mendapat keberkatan.

    ReplyDelete
  2. Saya bangga menjadi seorang guru.

    ReplyDelete
  3. Sebagai pendidik seharusnya dapat menjalani kehidupan seperti orang lain bukannya bangga diri bi la berhadapan dengan manusia lain.

    ReplyDelete
  4. Sebagai seorang guru, kita perlukan keikhlasan untuk mendidik anak-anak dan anggaplah mereka seperti anak kita sendiri. Lantaran itu, sebagai pendidik kita seharusnya bersikap amanah dalam menjalankan tugas agar mendapat keredhaan Allah.

    ReplyDelete