Pendidik masa kini memerlukan kekuatan spiritual dan mental bagi merealisasikan generasi yang cemerlang akhlak dan akademik. Semoga dengan adanya kemudahan teknologi masa kini mampu menjadi pemangkin dan wadah untuk para pendidik menjadikannya sebagai satu alat menyebar dan menyampaikan ilmu. Semoga ianya akan menjadi suatu realiti.
Pandangan Imam Al-Ghazali
Terdapat beberapa syarat yang telah digariskan oleh Imam Al Ghazali yang menjurus
kepada keperibadian guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya
seperti mana yang dicatat oleh H.M As’ad Al Hafiz (Abdul Salam Yusoff, 2003).
Antara syarat-syaratnya ialah:
1. Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik.
2. Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.
3. Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk serta tidak riak.
4. Tidak takbur (sombong) kecuali terhadap orang zalim iaitu dengan tujuan
mencegah tindakan zalim tersebut.
5. Bersifat tawaduk dalam perbincangan.
6. Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh.
7. Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua pelajarnya.
8. Bersabar dan tidak mengherdik pelajar yang bodoh.
9. Membimbing dan mendidik pelajar yang bodoh dengan cara yang sebaik-baiknya.
10. Berani berkata ‘saya tidak tahu’ terhadap masalah yang dia tidak faham.
11. Menampilkan hujah yang benar apabila berada dipihak yang salah dan bersedia
kembali kepada kebenaran.
Wallahu’alam.
http://brofat.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment