Saturday 11 May 2013

Sahsiah Pendidik Cemerlang......

Pendidik cemerlang, bukan hanya mempunyai fizikal yang baik malahan haruslah juga mempunyai sahsiah yang cemerlang. Justeru di UPSI telah ditetapkan satu garis panduan bagi memastikan pelajar yang dilahirkan oleh institusi ini yang berkeupayaan untuk memiliki sahsiah cemerlang melalui nilai BITARA UPSI yang dinyatakan. Antaranya ialah:-

1) Integriti
2) Profesionalisme
3) Semangat Berpasukan
4) Berorientasikan Pelanggan
5) Prihatin Kebajikan Anggota
6) Kreatif dan Inovatif



Warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut  sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah. Wahai guru, begitu tinggi harapan yang disandarkan oleh masyarakat kepada anda semua. Berikanlah tumpuan sepenuhnya terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didikmu. 

Guru perlu memelihara akhlak dan budi  pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang kerana guru penjana  Transformasi Pendidikan Negara. Sesungguhnya  Malaysia    amat memerlukan khidmat bakti para guru.

Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Guru harus dan mesti boleh mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik.


3 comments:

  1. Peranan guru dewasa ini amat penting. Bukan sahaja mengajar tapi perlu mendidik, membimbing, mentarbiah dan lain-lain lagi..terima kasih atas perkongsian ilmu di atas..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian di atas tentang GURU...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ilmu di atas..

    ReplyDelete