Friday, 10 May 2013

Renungan Buatmu Pendidik........


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-IMAM HASAN AL-BASRI




Dia Seorang Guru Tua

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

Berapa ramai manusia diluar sana yang benar-benar menghargai jasa seorang guru...
Ketika anak murid menerima kejayaan...adakah ayah ibu hadir menemui guru dan mengucapkan terima kasih di atas jerit perih guru itu??? Mungkin ada, namun berapa ramaikah yang masih mengingati guru-guru setelah anda berjaya kini??? Ramai yang mengenang kecuaian seorang guru...gara-gara sedikit kekurangan yang ada dalam diri guru tersebut....segala kebaikan yang pernah ditabur hilang bak debu yang berterbangan.....

No comments:

Post a Comment