Thursday 20 June 2013

Pendidik oh Pendidik



Pendidik kita sebut juga sebagai guru atau cikgu. Di dalam Islam guru atau cikgu diangkat darjatnya ke tahap yang paling mulia. Sesiapa yang memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik dianggap sebagai pewaris nabi, kerana sesungguhnya ia telah menyampaikan ilmu, sebagaimana yang telah dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Justeru Islam telah menyatakan seseorang pendidik itu juga merupakan mudarris, mu'allim dan murabbi. 

Tidak hairanlah jika seseorang guru atau pendidik itu sewajarnya dimuliakan. Namun untuk menghadapi tanggungjawab sebagai pendidik di alam yang serba mencabar masa kini menuntut pengorbanan dan pengertian yang tinggi. Pendidik masa kini bukan hanya berdepan dengan masalah murid semata-mata, namun ia ditambah dengan cabaran dunia media elektronik dan alam cyber yang semakin canggih pada hari ini, selain tugasan sedia ada yang tidak pernah berkurangan.

Tuesday 14 May 2013

Tugasan Pendidik...


Pendidik dahulu, kini dan selamanya secara tidak sedar telah 
menandatangani persetujuan untuk turut menyandang 
beberapa tanggungjawab seperti berikut:-

1) Jika ada murid terkucir....cikgu menjadi tukang cuci...
2) Jika ada murid menangis...cikgu menjadi motivator..
3) Jika ada  mengutip yuran....cikgu menjadi akauntan...
4) Jika ada gotong-royong....cikgu menjadi tukang kebun...
5) Jika ada menghias kelas...cikgu menjadi pelukis jalanan...
6) Jika ada murid tercedera....cikgu menjadi seorang doktor...
7) Jika ada sukan sekolah....cikgu menjadi jurulatih terhebat...
8) Jika ada hari guru....cikgu menjadi penyanyi berbakat...
9) Jika ada perkhemahan....cikgu menjadi jaga sukarelawan....
10) Jika ada pergaduhan----cikgu menjadi pegawai siasatan

Rupa-rupanya, begitu banyak tugasan pendidik. Jadi adakah 
anda ingin meneruskan cita-cita anda sebagai pendidik? 
Jangan cepat mengalah. Jika banyak tugasan, ini membuktikan
ganjaran yang begitu banyak juga telah Allah janjikan buat individu 
yang bergelar pendidik. Ayuh! Jadilah pendidik yang ikhlas dan 
penuh rasa kasih kepada anak-anak didikmu.

Saturday 11 May 2013

Sahsiah Pendidik Cemerlang......

Pendidik cemerlang, bukan hanya mempunyai fizikal yang baik malahan haruslah juga mempunyai sahsiah yang cemerlang. Justeru di UPSI telah ditetapkan satu garis panduan bagi memastikan pelajar yang dilahirkan oleh institusi ini yang berkeupayaan untuk memiliki sahsiah cemerlang melalui nilai BITARA UPSI yang dinyatakan. Antaranya ialah:-

1) Integriti
2) Profesionalisme
3) Semangat Berpasukan
4) Berorientasikan Pelanggan
5) Prihatin Kebajikan Anggota
6) Kreatif dan Inovatif



Warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut  sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah. Wahai guru, begitu tinggi harapan yang disandarkan oleh masyarakat kepada anda semua. Berikanlah tumpuan sepenuhnya terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didikmu. 

Guru perlu memelihara akhlak dan budi  pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang kerana guru penjana  Transformasi Pendidikan Negara. Sesungguhnya  Malaysia    amat memerlukan khidmat bakti para guru.

Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Guru harus dan mesti boleh mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik.